Tips Membuat Carian Di Google (Mesti Baca!)

Hai. Apa khabar semua? Semestinya kebanyakan daripada anda datang ke blog ini melalui carian lirik lagu samada melalui Google mahupun Yahoo bukan? Saya bagi pihak Administrator ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian anda untuk memilih blog ini sebagai salah satu sumber untuk mendapatkan lirik-lirik terbaru lantas menjadikan pelawat ke blog ini semakin bertambah dari hari ke hari. Terima kasih!

Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya ketika saya menganalisis carian kata kunci yang datang ke blog ini melalui enjin carian Google. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pengguna Internet yang pernah melawati blog ini agak kurang arif akan cara-cara yang betul untuk membuat carian di Google

Oleh itu, bagi membolehkan pelawat blog ini untuk mendapatkan keputusan carian yang menepati kehendak mereka di sini saya sediakan tips untuk membuat carian di Google. Anggaplah ia sebagai suatu pengetahuan yang boleh dikongsi bersama di samping dapat memudahkan anda untuk membuat carian lirik melalui Google di masa hadapan


Untuk mencari kata kunci yang sama (exact keyword)

Sekiranya anda menaip 2 atau lebih kata kunci, Google akan menafsir setiap kata kunci tersebut secara berasingan dan akan membuat carian berasingan untuk kata-kata kunci tersebut. Sebagai contoh untuk carian lirik lagu, Google akan menafsir secara berasingan kata-kata kunci tersebut sebagai lirik dan lagu

Untuk carian yang lebih efektif, anda boleh menggunakan simbol double quote(" ") di dalam carian anda menjadi seperti "lirik lagu"

Mengecualikan kata kunci dalam carian

Sebagai contoh, anda ingin membuat carian lirik siti iaitu carian mengenai lirik penyanyi yang bermula dengan Siti seperti Siti Nurhaliza, Siti Sarah dll tetapi anda tidak mahu lirik oleh penyanyi Siti Nordiana

Penyelesaiannya ialah dengan menggunakan simbol dash (-), di mana anda boleh membuat carian seperti lirik siti -nordiana

Membuat carian spesifik di sesebuah laman web/blog

Contohnya, jikalau anda ingin mencari lirik daripada penyanyi Yuna dan anda ingin Google memaparkan carian daripada blog ini sahaja anda boleh menaip yuna site:lirik-lagu-best.blogspot.com

Diharapkan informasi ini dapat membantu anda semua untuk membuat carian yang lebih tepat di masa akan datang. Terima kasih kerana terus menyokong blog ini. Selamat meng-Google! :P

Bacaan Lanjut :

1 comments:

Anonymous said...

bah! saya akan cuba mengaplikasikan tips ini..huh!:P

Post a Comment