Lirik Lagu Bongok - Neves Cugat

Suruh ku pilih antara dua
Permata ataupun cinta
Pasti akan ku pilih permata
Walau dirimu lebih berharga
Akan ku jadikan ia cincin hadiahmu
Dan aku sarungkannya di jari manismu

Suruh ku renangi lautan api
Tak akan ku angguk setujui
Kerana aku bukan superhero
Cuma rakyat jelata yang macho
Tetapi yang nyata aku mencintakanmu
Kau pula jangan tunggu lama
Ucaplah 'I Love You'

Rasa mahu rebus sahaja hati kerasmu
Agar ia lembut seperti batik sutera Jogja
Rasa mahu gilap matamu mungkin banyak habuk
Agar ia terang
Baru kau sedar aku selama ini di depanmu

Bila kita bersama aku rasa
Bagai dalam filem tanpa warna
Kau Sabariah aku Kassim Selamat
Bukan majistret bukan lawyer
Aku cuma orang seni kerja nyanyi-nyanyi
Mencari rezeki dengan ukulele ini

Jangan kau seksa diriku lagi
Tak tahan aku menanggung sakit
Sampai bilakah harus ku tunggu
Untuk kau terima cintaku
Lagu ini ku cipta hanya untuk dirimu
Harapanku hanya satu bukalah hatimu
Bukalah hatimu
Bukalah matamu
Aku di depanmu

0 comments:

Post a Comment